BOOZTR

Jika anda menjalankan perniagaan sebagai kontraktor, selain daripada penukul, spanar dan sebagainya, terdapat satu lagi tool wajib anda punyai.

Wajib ada kerana anda adalah usahawan dan menjalankan perniagaan.

Maka sudah semestinya anda perlu mendapatkan kerja untuk mendapatkan upah.

Untuk mendapat kerja, anda perlu menghantar Quotation atau Sebutharga kepada pelanggan.

Setelah harga dan tawaran yang anda berikan kepada pelanggan melalui Quotation atau Sebutharga dipersetujui oleh pelanggan, anda perlu membuat pembelian bahan binaan, membayar upah pekerja dan sebagainya yang pastinya melibatkan kos.

Ini akan melibatkan Bill (bil) atau resit pembelian bahan binaan.

Setelah siap, anda perlu menghantar Invoice kepada pelanggan untuk mendapatkan bayaran bagi kerja-kerja yang telah diselesaikan.

Kadang-kadang, anda juga perlu mendapatkan bayaran pendahuluan (advanced payment) daripada pelanggan anda.

Oleh itu, adalah penting untuk anda pantas dan cekap di dalam perkara berkaitan Sebutharga, Invoice, Bil dan sebagainya untuk perniagaan kontraktor anda berjaya.

Ini semua adalah kerana anda menjalankan perniagaan, semua transaksi tersebut perlu direkodkan untuk mengira untung rugi perniagaan kontraktor anda.

Kebanyakan kontraktor adalah bisnes kecil maka anda perlukan sistem perakaunan atau invoice & billing.

Di dalam kebanyakan kes perniagaan kontraktor adalah one man shop business. Sedangkan segalanya perlu pantas dan cekap. Maka anda perlukan the right tool  untuk beroperasi sebaik mungkin.

Di Malaysia terdapat pelbagai macam sistem perakaunan atau billing & invoicing yang bagus dan murah.

Persoalannya, bagaimana untuk memilih yang mana satu sistem perakaunan atau invoice & billing untuk anda pilih.

Anda boleh cuba merujuk kepada Perbandingan sistem perakaunan / invoice & billing bagi kontraktor kecil di MLIFE.

Semoga carta perbandingan yang dipaparkan tersebut boleh memudahkan pencarian sistem perakaunan / invoicing & billing serta pilihan terbaik dari segi harga dan kos untuk perniagaan kontraktor anda.

0 0 votes
Article Rating

About Author

Related Post

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments